Wednesday, February 22, 2012
angry bird kale merah
12:49:00 AM | by
iman manezine |
Edit Post
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamualaikum dan salam 1 dunia kepada fans yang senantiasa di hati. Hari ini, tanggal 21/2/2012 merupakan hari kedua peruniversitian *kata terbitan daripada term persekolahan*. Maka dengan ini, saya kini bergelar pelajar kejuruteraan pembuatan USM tahun 2 semester 2 beserta pointer yang sedikit sejak mule masuk dulu akibat kesusahan subjek yang melampau lampau lampau.
Saya telah melaporkan diri di office Desasiswa Jaya pada 19/2/2012 lebih kurang pukul 3 petang. Sementelah itu, saya berangkat ke bilik yang berada tidak jauh dari kerak bumi, yakni di floor tiga. Saya sangat sangat mendambakan sejambak lif disedikan bagi mengurangkan kecungap-cungapan saya mendaki anak tangga, namun ianya ibarat menanti pointer 3.0 ke atas bagi pelajar fakulti mekanikal USM, which means boleh tapi susah yang amat.
Setelah itu, saya mengemas-ngemas barang-barang yang terumbang-ambing di dalam locker. Saya juga mengelap meja dan locker, menyapu sampah, mengemop lantai serta menjemur tilam. Ouh ya. Rumates saya tidak tiba lagi. Saya menyampah.
Namun, kehadiran kaum bapa dan kaum abang segelintir pelajar ke dalam hostel dan seterusnya ke dalam bilik mengundang rasa tidak puas hati dalam hati. Saya faham mereka beragama lain dan itu tidak langsung menjadi masalah buat mereka, namun mereka juga sepatutnya haruslah menghormati kami yang beragama Islam. Sungguh kasihan saya melihat diri saya sendiri dan pelajar-pelajar Islam lain lari bertempiaran seraya menjerit ‘aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa’ tatkala menyedari kehadiran lelaki-lelaki ajnabi. Nak tergelak pun ada. Saya hanya mampu tersenyum sendiri sambil memaki lelaki-lelaki tersebut di dalam hati. Penat kowt aku lari. Aku pun banyak barang jugak, xde pulak aku seret abah aku naik bilik. Herr. Namun dari suatu sudut saya bersyukur kerana walau se-sexy mana pun mereka di hostel, namun bila tiba keadaan yang diwajibkan mereka menutup rambut dan abdomen yang lain, mereka akur dan mereka berusaha. Sejuk hati dan sejuk mata. Alhamdulillah di atas hidayah ini ouh Tuhan ku.
Pada hari pertama peruniversitian, saya bersama syiera telah menghadirkan diri ke school of mechanical bagi mendaftar kursus berikutan saya amat malas untuk register online sendiri. Di sana, kami bertemu dengan ramai rakan-rakan yang semuanya pemalas nak isi online jugak rupenye. Pelbagai gossip dan pendapat tentang gossip dapat diwar-warkan tika itu. Kemudian, lebih kurang pukul 9.30 ke 10 entah, kami terus menuju ke lec hall 7 bagi mengikuti kelas metrology and quality control yang sudah bermula sejak pukul 9 pagi lagi. Maka kami terpaksa akur dengan renungan *padahal bebelan* daripada prof manimaran akibat keterlewatan kami, padahal jauh di sudut school, ramai ag terdampar kat sane x pegi kelas. Dan serentak dengan itu, quiz telah pun dijalankan. Gempak abes first class dah ade quiz, padan muke. Dan di kelas pertama sem 2 tahun 2 ini telah tamatnya chapter 1 dengan jayanya. Advance gila baq hang.
Kemudian kami menghadiri pula kelas engineers in society yang disampaikan oleh lect dari school of civil. Lec tersebut bercampur baur dengan pelajar-pelajar school lain, iaitu kimia, ee, serta segelintir pelajar awam dan bahan. Tatkala lect menyatakan bahawa there are failures in this course, pelajar-pelajar school lain terkejut sepertinya tidak pernah menghadapi kehadiran huruf F dalam diri. Saya sarankan mereka mencontohi sikap student school mekanik, relax je dengar failed, macam makan nasik je. Ye, kami memang cool. Abah saya kemaen marah lagi tiap kali aku failed, dengan pointer aku yang x seberapa bagi orang lain, namun cukup berbaloi-baloi bagi aku. Jadi aku tegaskan bahawa, abah, fac mekanik USM susah kowt, budak fac lain amek subjek mechy, yang repeat kene repeat lagi. Ada brannn?? Saya sangat sayangkan school mekanik.
Pada hari ini, kelas pagi hanya satu, itu pun dibatalkan dari awal. Oleh itu saya telah beradu sepuas hati smpai matahari rembang dan naik rambang matanya hari itu. Tepat pukul 2 petang, kami menghadiri kelas product design and development sehingga pukul 5. Malamnya pula, yakni sebentar tadi, kami menghadiri kelas dynamic and mechanism yang diajar oleh dr chan. Kelas tersebut bergaul mesra dengan pelajar-pelajar aero, mechy dan mecha. Jadi, sungguh padatnya kelas itu. Saya sedikit bersemangat waja memandangkan rupa paras dr chan yang hensem dan bersih ibarat wajah tipikal seorang doctor. Walaupun ini kali kedua beliau mengajar saya, which is yang pertama kali saya jumpa beliau ialah pada last sem untuk subjek engineering lab, namun saya tetap teruja. Malangnya, beliau gemar melempar-lempar angry bird seraya mengajukan soalan kepada penerima angry bird tersebut. Saya tidak suka, saya dah la cepat panik. Mujurlah saya tidak menerima sebarang angry bird tadi. Namun beliau tidak angry sekiranya tidak dapat menjawab. Beliau sangat cool. Saya sangat suka kembali.
Esok saya hanya ada 1 kelas pagi dan 2 kelas malam. Justeru, saya harus memilih kelas mana yang perlu dihadiri. Lantas saya sebulat suara ingin menghadiri kelas engineering in society instead of dynamics and mechanism lantaran saya takut akan mendapatkan angry bird. Sorry dr chan, you tetap handsome. Saya penat. Saya mahu tidur. Mari kita tidur. Esok jangan berat bontot bangun subuh. Sape x subuh, nanti dia kena seksa. Aiyokk. Aiyokk. Tak tau.
Nota kaki:
Dalam keseronokan mengecap nikmat hidup ni, jangan sesekali kite lupe for those yg dah dijemput Ilahi terlebih dahulu, those yg banyak inspired kite, those yg menjadi perantaraan dr Allah untuk kite, as a remider to death. Cepat atau lambat, maut pasti menjemput kite. Moge Allah matikan kite dalam keadaan bersedia dengan kelengkapan yang dpt membebaskan kite dari azab kubur dan azab api neraka. Al Fatihah untuk mama tersayang, Noraini Binti Mahmuddin, adik yang tercinta, Muhammad Adam Ibrahim Bin Mohd. Naim serta ex rumates yang paling rapat dengan aku, kak Habibah Binti Abdul Kadir. Moga tenang di samping Tuhan kite. Ingatlah, mati tak mengenal usia. So let us perbaiki diri dan berusaha untuk mencapai redha Ilahi. We can do it baby!
Subscribe to:
Posts (Atom)
siape saye
- iman manezine
- kepakaran: handal mnunggang basikal kekurangan: tidak reti mterbalikkan telur yg sdg dgoreng
chenta hati
si handsome
lima serangkai
penyerang hendap
take a look
peminat tegar
karya agung
sha la la~
Powered by Blogger.






