Tuesday, July 23, 2013
.The Mesmerizing Perhentian.
11:46:00 PM | by
iman manezine |
Edit Post
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Ketiadaan supervisor selame 2 minggu
membuatkan kedatangan ku ke Mattel umpama retak menunggu belah. 7.30 am-5 pm
dimanfaatkan dengan bermain game, menonton movie, meronda-ronda plant serta
beradu semahunye. So hari ni nak buat kegiatan berfaedah sikit la, iaitu
mengarang cerpen bertajuk “Pulau Perhentian Dalam Ingatan” *syahdu abes*.
Pada cuti midsem yang lalu, saya bersama
segerombolan rakan-rakan yang terdiri daripada penyatuan tiga jiwa antara
Mechy-Manufact-Aero telah menganjurkan lawatan sambil bermain di Pulau
Perhentian Besar, Terengganu. Syamil, Syem, Ayen, Ain, Yan, Azra dan Lia
merupakan antara peserta bertuah kerana telah memenangi jemputan berhibur dan
berlibur bersama saya. Syabas saya ucapkan.
Khamis
| Peserta rombongan Cik Embon |
Khamis
Aku, Ayen, Syem, Syamil dan Lia naik bas ke
Terengganu dari Parit Buntar, sementara yang lain dari rumah masing-masing.
Kitorang sampai stesen bas agak keterlewatan. Pastu kena bebel dengan pakcik
bas sebab Syamil dengan Ayen tak sampai ag. Bising gila, rase nak tolong tekup
mulut pakcik tu gune spende beracun. Pastu dah naik bas, dah tido kroh kroh bagai,
sampai satu tempat tu pihak bas Shamisha suruh yang nak pegi Kuala Terengganu
naik bas lain, dalam bas tu tinggal yang nak pegi mane tah. Sekali lagi,
kesabaran ku diduga hebat. Aku paling benci kalau aku tengah tido, orang suruh
pegi jalan ke sane ke sini mamai-mamai. Memang nak kena carut bas-bas yang
cenggini.
Jumaat
Kami dijadualkan untuk turun di Jertih lantaran
jeti ke Pulau Perhentian dekat dekat situ. Namun ye, buat kali ke-3 dalam
sejarah Zimbabwe Utara, Mak Nab telah bersabar lagi pada malam tersebut. Mak
Nab tengah tido dengan nyamannya. Tiba-tiba kedengaran pakcik bas berteriak
“Jertih! Jertih!”. Tekejut Mak Nab. Mak Nab terus sandang beg nak kuar. Mak Nab
suruh Lia keluar dulu memandangkan Mak Nab duduk kat seat bahagian dalam. Tapi
Lia berkeras taknak ikut cakap Mak Nab. Dy pegi tengok budak laki 3 orang kat
belakang tu. Dan mereka langsung tidak menggerakkan pergelangan pinggang walau
secebis, umpama pungguk rindukan bulan. Mak Nab menggesa Lia lagi dan lagi,
namun dy nak jugak ikut budak laki nuu. Mak Nab nak kuar tak muat, tahu saje
lah bas tu, seat kite dengan seat orang depan dah rupe begabung meletop, sempit
yang amat. Dan akhirnya pakcik bas tanpa berlengah bergerak menuju ke Kuala
Terengganu. Dan saya, sebagai penduduk watan Taman Alamanda, Batu Burok, Kuala
Terengganu selama 1 tahun, mule berasa bengang yang tidak berpenghujung. Pastu
ape ag, aku letak beg, pegi belakang soal selidik budak 3 orang tu. Padahal kat
seat belakang dah macam sarang kejantanan, sume laki situ. Peduli ape aku. Bengang
gile dengan sume orang tym tu. Kalau umah aku kat KT ag tym tu memang aku balik
rumah tengok tv, tak layan sume orang dah. Herr Herr Herr! *bunyi menggigil*.
Pastu kitorang amek la kete sewa ke Besut,
naik 5 orang plus driver sorang. Can you imagine? Aku dengan Syamil dah rupe
mahram duk berhimpit kat tengah kete sepanjang pejalanan. Menyampah betol
bersekedudukan camtu. Pastu sampai Besut, gather sume, then naik bot ke island.
Yahoo! Sumpah best naik bot dy, lompat-lompat tali kecapi. And finally, sampai
kat depan Arwana Resort. Aha. Tapi tu bukan chalet kitorang. Mahal, takde duit.
Chalet kitorang yang sebelah tu, Samudra Beach Chalet. Tapi aku sarankan sape
sape yang nak pegi Pulau Perhentian, hatta korang anak menakan Kak Rose sekali
pun, takyah la kowt book bilik kat Arwana tu. Cantek memang cantek, tapi pantai
dy sikit sangat, depan chalet tu terus laut kalau air pasang. Kalau nak mandi,
kena pegi pantai depan chalet lain. Boleh jugak, tapi kan ke payah nak
bermudik-mudik ke hulu, berenang-renang ke tepian. Tu pun mujur reti berenang.
Kalau jadi si Syamil tu, mengepak-ngepak je dalam air.
| Muke muke excited |
Kite check in, pastu pegi restoran dy nak makan. Hampe dan hampeh, makanan kat situ tak banyak choice and kurang sedap. Tapi sebab da lapa sangat, ku jamahkan jua *dasar kuat lantak*. After that, kite terus melompat ke lautan tanpa diduga. Di samping berhibur di lautan, sesekali kami naik ke darat untuk menjamah makanan yang dibawa oleh Azra. Berkelah kate kauu. Kemudian kami berkayak di sekeliling lautan sambil bergambar mesra.
| Titew duk relax je kat tengah tu. Keke |
![]() |
| Terkinje-kinje |
| Dugong sekalian |
Then for dinner, kite decide nak pegi restoran kat chalet lain. Jalan punye jalan, sampai la Flora Bay Resort. Restoran dy best gilaa. Makanan banyak choice and finger-licking good kebebeh lah. Mahal tu normal la sebab kat island. Tapi siyes best. So if aku nak datang again, aku nak duk Flora je nanti. Hee. And then lepas tu aku tak ingat kitorang buat ape. Terus balik bilik ke? Tak remaja langsung. Hm. Maybe penat kowt hari tu baru sampai dari kejauhan kan.
| Perjalanan ke Flora demi secebis rezeki |
Sabtu
Masing-masing berat nanang nak bangun pagi.
Sume paksa satu same lain untuk bangun dulu, bercakap dalam tido. Dah bangun
tu, sume tanpe mandi pegi pantai tunggu pakcik bot pukul 9 pagi. We are going
to snorkeling! Yeay! Kite pegi 4 or 5 spots ke entah, tak ingat, which are
Turtle Bay, Shark Point, Keke Bay dengan pe tah lagi. Padahal kat Turtle Bay tu
takde nampak sekeping turtle pun, dan dekat Shark point tu sekor shark pun tak
menjelma, menci. Abang bot tu cakap sebab air pasang, eh, ke sebab air surut ek. Lantak ah. Destinasi
pertama dekat dekat dengan Abdul’s Chalet. Di situ lah Ain memuntahkan diri dan
dengan tak semena-menanye ikan datang berlumba-lumba makan muntah Ain. Badang
sangat. Then dekat 1 spot yang lain ade air terjun dari hutan belantara
belakang tu. So Yan yang dah sepurnama tak kencing, mengambil kesempatan ini
untuk melunaskan hajatnye. Dy tak mampu kencing dalam laut katenye. Padia. Aku
dah 7-8 kali kencing dah sepanjang snorkeling tu. Santai kowt kencing dalam
laut, takyah susah susah nak basuh.
Pastu dah siap snorkeling, kitorang bina seekor penyu gentian bersame-same. And then balik bilik, mandi ramai-ramai. Toilet nye kecik je, nak masuk sampai 4 orang sekali. Lia je sopan tak mandi sekali, yang lain tak reti nak bersabar. Da lepas mandi, semayang sume, kitorang pegi Flora again untuk lunch. Kol 4 gak la lunch nye. Pastu balik bilik, menyembang sampai tertido.
![]() |
| Aksi perenang perenang kebangsaan |
Pastu dah siap snorkeling, kitorang bina seekor penyu gentian bersame-same. And then balik bilik, mandi ramai-ramai. Toilet nye kecik je, nak masuk sampai 4 orang sekali. Lia je sopan tak mandi sekali, yang lain tak reti nak bersabar. Da lepas mandi, semayang sume, kitorang pegi Flora again untuk lunch. Kol 4 gak la lunch nye. Pastu balik bilik, menyembang sampai tertido.
| Kite tengok...penyu telo~ |
| Sumpah geli. Dah rupe model majalah playboy |
Senja tu kitorang pegi Flora ag nak makan barbeque. Kemudian, shooting untuk filem Bunga-bunga April pun bermula. Masing-masing suara ke laut tapi nyanyi tak beringat. Pastu tak tau nak buat ape dah. Nak sembang, rase dah abes sembang dah selame kehidupan ni. Saat itu, terbit sebuah penyesalan dalam hati lantaran tak bawak UNO atau Monopoly card. Kalau tak mesti meriah.
| Kenyang perut suke hati |
| Jemah-Jemah sekalian |
| Bergosip |
| Di lokasi penggambaran |
Ahad
It was so hard to say good bye. Tapi nak
buat macam mana kan. Dorang pegi breakfast, aku malas sebab aku bukan jenis
makan pagi pun, bangun pun lambat hari hari. Aku call front desk nak iron, tapi
dy kate takde. Sungguh la nak tengok wajah natural aku beserta kedutan shawl agaknye.
Around pukul 11 kite naik bot pulang ke jeti.
Kat jeti, masing-masing busy shopping. Pastu kawan Azra *ehem. kawan ke??*, Ijat datang naik dua kereta dengan ayah dy. Pastu ayah dy belanje makan kopok lekor dengan goreng pisang kat warung area Besut tu. Hamboih. Nafsu makan jelas terpancar pada riak wajah masing-masing, kemaen lagi licin makanan, laju pulak tu. Mesti pakcik tu kesian tengok kite. Pastu ayah Ijat pegi keje, kitorang naik kereta tu pegi air terjun kat mane tah. Aku tak mandi lantaran malas nak basahkan baju, nanti beg berat. Lia dengan Ain pun tak mandi jugak. Yang lain-lain terjun tanpa menoleh ke belakang lagi.
Then dah petang tu, Ijat hantar kitorang pegi stesen bas. Malangnye, bas ke Kota Bharu dah takde. Pastu kitorang buat muka tak malu tanye pakcik bas nak pegi mane, padahal terang-tang-tang dah tulis destinasi bas tu ke mane. Pakcik bas yang sangat disayangi tu suruh kawan dy datang amek kitorang, bawak pegi KB. ONLY kitorang dalam bas tu. Ngehaha. Perangai tu tak penah nak ade sifat kemaluan. Sorang conquer dua seat, puas hati. Sampai KB malam, then solat and makan, and chiow. Sampai Butterworth around 5 pagi. Then amek cab ke USM. Pagi tu pukul 9 budak-budak manufacturing yakni aku, Ain dan Lia ade test design. Nice sangat.
| Samudra Chalet, worth the budget |
| Beramah mesra bersama penduduk kampung |
Kat jeti, masing-masing busy shopping. Pastu kawan Azra *ehem. kawan ke??*, Ijat datang naik dua kereta dengan ayah dy. Pastu ayah dy belanje makan kopok lekor dengan goreng pisang kat warung area Besut tu. Hamboih. Nafsu makan jelas terpancar pada riak wajah masing-masing, kemaen lagi licin makanan, laju pulak tu. Mesti pakcik tu kesian tengok kite. Pastu ayah Ijat pegi keje, kitorang naik kereta tu pegi air terjun kat mane tah. Aku tak mandi lantaran malas nak basahkan baju, nanti beg berat. Lia dengan Ain pun tak mandi jugak. Yang lain-lain terjun tanpa menoleh ke belakang lagi.
| Percintaan terkadang sukar dimengertikan. Keke |
| Ye. Sungai dorang mandi tadi atas gunung okay. Tak pasal pasal wujud aktiviti jungle trekking |
Then dah petang tu, Ijat hantar kitorang pegi stesen bas. Malangnye, bas ke Kota Bharu dah takde. Pastu kitorang buat muka tak malu tanye pakcik bas nak pegi mane, padahal terang-tang-tang dah tulis destinasi bas tu ke mane. Pakcik bas yang sangat disayangi tu suruh kawan dy datang amek kitorang, bawak pegi KB. ONLY kitorang dalam bas tu. Ngehaha. Perangai tu tak penah nak ade sifat kemaluan. Sorang conquer dua seat, puas hati. Sampai KB malam, then solat and makan, and chiow. Sampai Butterworth around 5 pagi. Then amek cab ke USM. Pagi tu pukul 9 budak-budak manufacturing yakni aku, Ain dan Lia ade test design. Nice sangat.
Dalam sebuah cangkerang kacang, saya amat
berpuas hati malah senang hati lalala dengan percutian 3 hari 2 malam ini.
Diharapkan aktiviti riadhah sebegini dapat dianjurkan lagi pada sem yang akan
datang, bagi mengelakkan anak-anak muda terjerumus ke kancah kebinasaan. Sape
yang tak pegi Pulau Perhentian lagi, boleh lah berkunjung ke sana. Pantai dy
sumpah cantek, air dy jernih, pasir dy halus. Snorkeling kat situ memang best
mamma mia.
Jauh perjalanan, luas pemandangan. Right? =)
| Perhentian yang dirindui |
Jauh perjalanan, luas pemandangan. Right? =)
**All these awesome pics are credited to Ayen and all other co-photographers. Untuk tempahan photographer for wedding, boleh contact i okay. i PA Ayen, kelasss kau jah ade PA haa.
p/s: Dalam keseronokan mengecap nikmat
hidup ni, jangan sesekali kite lupe for those yg dah dijemput Ilahi terlebih
dahulu, those yg banyak inspired kite, those yg menjadi perantaraan dr Allah
untuk kite, as a reminder to death. Cepat atau lambat, maut pasti menjemput
kite. Moge Allah matikan kite dalam keadaan bersedia dengan kelengkapan yang
dpt membebaskan kite dari azab kubur dan azab api neraka. Al Fatihah untuk mama
tersayang, Noraini Binti Mahmuddin dan adik yang tercinta, Muhammad Adam Ibrahim
Bin Mohd. Naim. Moga tenang di samping Tuhan kite. Ingatlah, mati tak mengenal
usia. So let us perbaiki diri dan berusaha untuk mencapai redha Ilahi. We can
do it!
Sunday, December 9, 2012
jagalah diri ~
3:08:00 AM | by
iman manezine |
Edit Post
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Mata kau berhentilah menangis
Jemari kesat ke pipi
Hati cukuplah dirasuk sedih
Kerana dia takkan kembali
Takdir mengubah hubungan hilang
Dia padam dari jaga
Bicara hanyalah dalam doa
Yang dipanjat pada yang Esa
Ya Tuhanku
Jagalah diri ini menempuh
Hidup sepi tabah menerima takdir
Ya Tuhanku
Ketemukanlah kami berdua nanti
Hingga itu ku mohon Kau
Jagalah dirinya
Jiwa walaupun terpisah jua
Selalu pergi dengannya
Sisa yang masih ada di sini
Ku bertahan ke nafas terakhir
Ya Tuhanku
Jagalah diri ini menempuh
Hidup sepi tabah menerima takdir
Ya Tuhanku
Ketemukanlah kami berdua nanti
Hingga itu ku mohon Kau
Jagalah dirinya
Hingga itu ku mohon Kau
Jagalah dirinya
Jagalah dirinya
~ luahan dari lubuk hati yang paling dalam ~
Sunday, April 29, 2012
.mari melepas hajat.
2:48:00 AM | by
iman manezine |
Edit Post
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Hello peepssssiiii colaaaa, andy lala, orang gila, di Malaysiaaaa!!! *selain ulat bulu panjat lidi, this kanak kanak song is kinda
famous. Persoalannye, kenape ade andy lala? Kenape x kiki lala? Ataupun sha la
la?*. Rindunye saye nak update belog nye pun. Seikhlas hati, saye jeles tengok
kawan kawan asek update blog je tau, emangnya enggak ada kerja mau dibikin kok
kalian? *endon tetibe, terpengaruh dengan budak budak mechy*.
![]() |
| Permainan kanak kanak. miss the old time. |
First and foremost, time kaseh kepade kawan kawan, jiran
tetangga, scandal scandal, serta semua followers We Are All Iman Manezine yang
mengewish my past birthday and gave me presents. Thank you semua, lots of love,
iman manezine *retis*. And thank you so much to my lovey dovey family yang
celebrate my birthday, kasi presents and on top of that, for completing my
life. Time kaseh ye, kakyang sayang semuanye. Also, x lupe dan x mungkin
dilupekan, thank you Allah for guiding me, taking care of me, loving me, allowing
me to keep living and sume sume yang baik towards me. Saye sayang Tuhan saye,
saye mau sentiase dekat dengan Nya, sentiase taw. Hee.
Di sini, saye ingin mengemukekan beberape hajat yang
terjilid di hati. Sape sayang saye, sape x bagi birthday present ag kt saye,
tolong la tunaikan, tolong la *begging*.
1. Saye nak fire camping dengan budak budak gile x keruan SARJANA.
Nak sangat sangat. Malu nak cakap, tapi seronok taw bile dengan korang. Gelak
sampai terkentut kentut, cume korang je x pasan sebab aku cover dengan hilai
tawa aku. Ai tu da nak jadi dah plan nye dekat teluk batik ke teluk rubiahtul
adawiyah entah. Pastu ade 3 makhluk asing menggagalkan misi menyelamatkan koko
yang di cari cari. Pertame dan selamenye, aqilah cirit, kedua, intan cirit,
ketiga, farhana cirit. Geram gile dengan perangai dorang ni. Bak kate intan,
aku spender, aqilah ponggongnye. So saye simpulkan, fana pule merupekan getah
spender. Sekian. *maap lucah skit*
![]() |
| The previous reunion. monyet besar! |
2. Saye nak ticket konsert avenged sevenfold 29 april ni.
Huwaa. Nak sangat sangat! Xnak beli tiket, nak free. Membazir kowt kalau beli,
hahak. Omo omo. 2 hari je ag. Sobs. Kenape lah a7x ni datang Malaysia ye, buat saye
teringin je nak terlibat dengan agenda lagha ni. Mengenangkan saye ni anak
gadis sunti bertudung litup, saye gumpal bulat bulat hati saye untuk
mengenepikan yang batil *ewah cak pong*. Xpe la, perempuan kena duduk bilik,
tido *menggantikan perempuan kena duduk rumah, masak*. Pastu ade pulak concert
We The Kings after that. Haih. Dunia, dunia..*these concert thingy remind me of
someone. Ouch!*
3. Saye nak ade kereta. Tapi saye xde lesen pun. So saye nak
kereta dengan driver sekali. Hehek. Anyone volunteer? Susahnye nak pegi mane
mane xde kete. Kalau ade kete save la sikit duit nak pegi mane mane. Nak pegi
vacation kat pulau mane mane tym weekend senang, nak pegi berkelah kat hutan
lipur senang, nak balik rumah sebulan sekali pun boleh. Aigoo. Rase nak pakse
Zetty Aziz jadi akak angkat je. But rewind back what the teachers had told
*memori SARJANA menampar nampar kotak ingatan*, nothing good comes easy. As we
grow, we blossom and mature. So kalau nak something haruslah berusaha kan,
barulah worth it. Fighting!!!
4. Saye nak pegi kubur Adam, rindunye dekat adik nan sorang
tu. Lame x melawat kubur Adam, and mama’s too. Adam is the only one yang mampu
ajar saye bersabar bile menghadapi situasi yang mencabar jiwa, ajar saye untuk
sentiase tabah bile diuji, ajar saye supaye redha dengan ketentuan Allah, ajar
saye lebih dekat dengan Robbul ‘Alamin. And yes, saye sangat merasekan
ketiadaan Adam sampai ke hari ini. Tapi saye rase Adam dengan mama tengah
seronok seronok dikelilingi orang orang beriman kat tempat paling indah kat
sane. Ceyy Adam, sonok la tu. InsyaAllah. Allah lebih kenal akan hambaNya. And
those sifat sifat mahmudah yang Adam pernah tunjukkan kat saye, insyaAllah saye
akan praktikkan sampai akhir nyawa, supaye Adam mewah di sane. Kershing!
Kershingg!! Adam idol kakyang taw, jangan x percaye! Hee. And kepade semua yang
mereka katekan orang kurang upaya tu, bagi saye kamu semua x pernah kurang ape
ape. Kamu semua sentiase lebih, lebih kasih sayang Allah, lebih kuat, lebih sifat
sabarnye, lebih sifat redhanye, and hopefully lebih senang masuk syurga Allah.
Kamu semua istimewa tahu! :)
5. I wish my whole family may spend some times gathering. Da
lame kte x kumpul semua orang kan. My sis sume da berkerjaya, so sume busy. Best,
sebab boleh paw duit dorang. Aku kaya!!! *mirip script watak antagonist filem
seefood (menipu gile. Punye la comel cite tu)*. Tapi rindu nak rase semua ade
kat rumah agam kite tu. My sis yang nurse tu lagi la, bertahun x jumpe *menipu
lagi*. Ramadhan nanti or raye nanti sume balik umah ye, kalau x nanti kakyang
sedih, that’s gonna be the first Ramadhan without our lovely Adam. Pulanglah di
hari raya~ *duet dengan Aishah*
![]() |
| Sisterhood~ |
| My dongsaeng <3 |
Hm. Setakat ni itu je lah impian saye yang terkandung dalam
naluri normah damanhuri. Nanti kalau ade ag saye add on *mcm pizza. Lapa*. Hari
dah menjelang pagi, jom tido! Nanti mulelah badan sengal sengal nak bangun
subuh. Tu gedik namenye taw. Xyah nak celebrate birthday tiap tahun sangat la
kalau solat pun tercicir cicir macam cirit. Saye tau kadang kadang kite x sedar
pun bunyi alarm *padahal orang lain yang dengar bunyi alarm kau rase nak bagi
kau telan nset tu sekarang jugak*, bangun bangun tengok ayam da tido balik dah.
Ade orang buat tepuk bantal pastu cakap kat bantal nak bangun pukul bape.
Tolong la jangan buat merapu gitu, ku cubit urat betis baru tau. Tapi xpe la,
at least dy berusahe nak bangun pagi. Tapi saye rase better doa mintak Allah
kejutkan, Allah mesti tolong punye. X caye jom buat malam ni. Jom jom! Saye
mintak maaf ye semua, and saye maafkan semua orang already. Nite nite!
p/s: Dalam
keseronokan mengecap nikmat hidup ni, jangan sesekali kite lupe for those yg
dah dijemput Ilahi terlebih dahulu, those yg banyak inspired kite, those yg
menjadi perantaraan dr Allah untuk kite, as a reminder to death. Cepat atau
lambat, maut pasti menjemput kite. Moge Allah matikan kite dalam keadaan bersedia
dengan kelengkapan yang dpt membebaskan kite dari azab kubur dan azab api
neraka. Al Fatihah untuk mama tersayang, Noraini Binti Mahmuddin serta adik
yang tercinta, Muhammad Adam Ibrahim Bin Mohd. Naim. Moga tenang di samping
Allah. Ingatlah, mati tak mengenal usia. So let us perbaiki diri dan berusaha
untuk mencapai redha Ilahi. We can do it!
Wednesday, February 22, 2012
angry bird kale merah
12:49:00 AM | by
iman manezine |
Edit Post
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamualaikum dan salam 1 dunia kepada fans yang senantiasa di hati. Hari ini, tanggal 21/2/2012 merupakan hari kedua peruniversitian *kata terbitan daripada term persekolahan*. Maka dengan ini, saya kini bergelar pelajar kejuruteraan pembuatan USM tahun 2 semester 2 beserta pointer yang sedikit sejak mule masuk dulu akibat kesusahan subjek yang melampau lampau lampau.
Saya telah melaporkan diri di office Desasiswa Jaya pada 19/2/2012 lebih kurang pukul 3 petang. Sementelah itu, saya berangkat ke bilik yang berada tidak jauh dari kerak bumi, yakni di floor tiga. Saya sangat sangat mendambakan sejambak lif disedikan bagi mengurangkan kecungap-cungapan saya mendaki anak tangga, namun ianya ibarat menanti pointer 3.0 ke atas bagi pelajar fakulti mekanikal USM, which means boleh tapi susah yang amat.
Setelah itu, saya mengemas-ngemas barang-barang yang terumbang-ambing di dalam locker. Saya juga mengelap meja dan locker, menyapu sampah, mengemop lantai serta menjemur tilam. Ouh ya. Rumates saya tidak tiba lagi. Saya menyampah.
Namun, kehadiran kaum bapa dan kaum abang segelintir pelajar ke dalam hostel dan seterusnya ke dalam bilik mengundang rasa tidak puas hati dalam hati. Saya faham mereka beragama lain dan itu tidak langsung menjadi masalah buat mereka, namun mereka juga sepatutnya haruslah menghormati kami yang beragama Islam. Sungguh kasihan saya melihat diri saya sendiri dan pelajar-pelajar Islam lain lari bertempiaran seraya menjerit ‘aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa’ tatkala menyedari kehadiran lelaki-lelaki ajnabi. Nak tergelak pun ada. Saya hanya mampu tersenyum sendiri sambil memaki lelaki-lelaki tersebut di dalam hati. Penat kowt aku lari. Aku pun banyak barang jugak, xde pulak aku seret abah aku naik bilik. Herr. Namun dari suatu sudut saya bersyukur kerana walau se-sexy mana pun mereka di hostel, namun bila tiba keadaan yang diwajibkan mereka menutup rambut dan abdomen yang lain, mereka akur dan mereka berusaha. Sejuk hati dan sejuk mata. Alhamdulillah di atas hidayah ini ouh Tuhan ku.
Pada hari pertama peruniversitian, saya bersama syiera telah menghadirkan diri ke school of mechanical bagi mendaftar kursus berikutan saya amat malas untuk register online sendiri. Di sana, kami bertemu dengan ramai rakan-rakan yang semuanya pemalas nak isi online jugak rupenye. Pelbagai gossip dan pendapat tentang gossip dapat diwar-warkan tika itu. Kemudian, lebih kurang pukul 9.30 ke 10 entah, kami terus menuju ke lec hall 7 bagi mengikuti kelas metrology and quality control yang sudah bermula sejak pukul 9 pagi lagi. Maka kami terpaksa akur dengan renungan *padahal bebelan* daripada prof manimaran akibat keterlewatan kami, padahal jauh di sudut school, ramai ag terdampar kat sane x pegi kelas. Dan serentak dengan itu, quiz telah pun dijalankan. Gempak abes first class dah ade quiz, padan muke. Dan di kelas pertama sem 2 tahun 2 ini telah tamatnya chapter 1 dengan jayanya. Advance gila baq hang.
Kemudian kami menghadiri pula kelas engineers in society yang disampaikan oleh lect dari school of civil. Lec tersebut bercampur baur dengan pelajar-pelajar school lain, iaitu kimia, ee, serta segelintir pelajar awam dan bahan. Tatkala lect menyatakan bahawa there are failures in this course, pelajar-pelajar school lain terkejut sepertinya tidak pernah menghadapi kehadiran huruf F dalam diri. Saya sarankan mereka mencontohi sikap student school mekanik, relax je dengar failed, macam makan nasik je. Ye, kami memang cool. Abah saya kemaen marah lagi tiap kali aku failed, dengan pointer aku yang x seberapa bagi orang lain, namun cukup berbaloi-baloi bagi aku. Jadi aku tegaskan bahawa, abah, fac mekanik USM susah kowt, budak fac lain amek subjek mechy, yang repeat kene repeat lagi. Ada brannn?? Saya sangat sayangkan school mekanik.
Pada hari ini, kelas pagi hanya satu, itu pun dibatalkan dari awal. Oleh itu saya telah beradu sepuas hati smpai matahari rembang dan naik rambang matanya hari itu. Tepat pukul 2 petang, kami menghadiri kelas product design and development sehingga pukul 5. Malamnya pula, yakni sebentar tadi, kami menghadiri kelas dynamic and mechanism yang diajar oleh dr chan. Kelas tersebut bergaul mesra dengan pelajar-pelajar aero, mechy dan mecha. Jadi, sungguh padatnya kelas itu. Saya sedikit bersemangat waja memandangkan rupa paras dr chan yang hensem dan bersih ibarat wajah tipikal seorang doctor. Walaupun ini kali kedua beliau mengajar saya, which is yang pertama kali saya jumpa beliau ialah pada last sem untuk subjek engineering lab, namun saya tetap teruja. Malangnya, beliau gemar melempar-lempar angry bird seraya mengajukan soalan kepada penerima angry bird tersebut. Saya tidak suka, saya dah la cepat panik. Mujurlah saya tidak menerima sebarang angry bird tadi. Namun beliau tidak angry sekiranya tidak dapat menjawab. Beliau sangat cool. Saya sangat suka kembali.
Esok saya hanya ada 1 kelas pagi dan 2 kelas malam. Justeru, saya harus memilih kelas mana yang perlu dihadiri. Lantas saya sebulat suara ingin menghadiri kelas engineering in society instead of dynamics and mechanism lantaran saya takut akan mendapatkan angry bird. Sorry dr chan, you tetap handsome. Saya penat. Saya mahu tidur. Mari kita tidur. Esok jangan berat bontot bangun subuh. Sape x subuh, nanti dia kena seksa. Aiyokk. Aiyokk. Tak tau.
Nota kaki:
Dalam keseronokan mengecap nikmat hidup ni, jangan sesekali kite lupe for those yg dah dijemput Ilahi terlebih dahulu, those yg banyak inspired kite, those yg menjadi perantaraan dr Allah untuk kite, as a remider to death. Cepat atau lambat, maut pasti menjemput kite. Moge Allah matikan kite dalam keadaan bersedia dengan kelengkapan yang dpt membebaskan kite dari azab kubur dan azab api neraka. Al Fatihah untuk mama tersayang, Noraini Binti Mahmuddin, adik yang tercinta, Muhammad Adam Ibrahim Bin Mohd. Naim serta ex rumates yang paling rapat dengan aku, kak Habibah Binti Abdul Kadir. Moga tenang di samping Tuhan kite. Ingatlah, mati tak mengenal usia. So let us perbaiki diri dan berusaha untuk mencapai redha Ilahi. We can do it baby!
Saturday, January 14, 2012
seuntai trivia untuk dirasa
5:09:00 AM | by
iman manezine |
Edit Post
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Memandangkan aku malas nak mengarang berikutan dah banyak subjek exam yg memaksa aku mencurahkan daya kreatif aku kepadanya, serta mengambil kira perasaan rindu followers kelab We Are All Iman Manezine terhadap hasil kraf tangan aku, makanya aku sebulat suara tekad untuk membuat entry ringkas yang tidak memerlukan pengalaman dan kisah peribadi aku. Terimalah.. Seuntai trivia untuk dirasa..
1. Tahukah anda? Perdana menteri Malaysia kebanyakannya berasal dr utara tanah air; Tunku Abdul Rahman, Tun Dr Mahathir, Tun Abdullah, Dato’ Seri Anwar. Eh eh. Tersasul pulak mcm Jay Jamalina.
2. Tahukah anda? Term ‘ta-pau’ yg selalu kite gunekan time nak bungkus mknn kat kedai Pak Taib Tom Yam Special Tanjung Karang tu merupakan bahasa Cantonese yg bmaksud take away. Ooo. Aku sangkekan tapau tu short term for Tupperware, rupenye hujan di tengah hari.
3. Tahukah anda? Lagu ‘Whispers in The Wind’ nyanyian Lobo diadaptasi dr lagu ‘Getaran Jiwa’ nyanyian P. Ramlee. Hebat!
Whispers in The Wind - Lobo
4. Tahukah anda? James Brooke, Rajah Putih Sarawak, dilahirkan di Benares, India. Sejarah ni, jangan main main.
5. Tahukah anda? Term ‘Manezine’ was invented by Ir. (to be) Ezam Hanafi Bin Abdul Wahab in 2008. Its original term was Manez, which means Iman comel *nmpk beno nipunye*. The suffix ‘-ine’ was added as penyedap ayat, as the inventor said. *Tetibe speaking London nape ntah.*
6. Tahukah anda? Produk pertama yg menggunakan bar code adalah Wrigley’s chewing gum. Aha. Lame x makan chewing gum bulat bulat yg dalam kotak segi empat kecik tu, ade macam macam perisa. Satu kotak ade 3 bulat gum. Size dy besar taik kambing. Sape prnh makan angkat pergelangan tangan.
7. Tahukah anda? Pada zaman dahulu, penduduk Makkah pernah meminta Nabi Muhammad saw menunjukkan satu bukti kenabian baginda, lalu dengan izin Allah, baginda membelah bulan kepada dua. Beribu ribu tahun selepas itu, 3 astronauts NASA yg mengkaji bulan membuktikan kebenaran kisah ini. Allahuakbar! Islam, we lead. *pinjam motto USM*.
The moon split
8. Tahukah anda? Ayat ‘the quick brown fox jumps over the lazy dog’ menggunakan kesemua huruf English. Ceyy ceyy. Nak check balik la tu.
9. Tahukah anda? Badan polar bear act kale hitam while bulu dy pulak transparent. Kite nmpk dy kale putih due to the effect of badan dy yg hitam tu absorb light, then bulu dy reflect light tu. Wow! Subhanallah. Nak bela la polar bear sekor, comeynyee.
10. Tahukah anda? Anak pakcik Naim yg paling comel namenye Siti Nurul Iman Binti Mohd. Naim. Walaupun begitu, beliau masih single, walhal akak2 beliau yg x comel sume sudah berpunye. How independent she is.
11. Tahukah anda? Semut ade proses tidur. Awesome bukan. X prnh tgk semut tido. Entah entah ade katil dengan teddy bear siap.
12. Tahukah anda? Term ‘racecar’ tetap dibaca dgn racecar bile kte bace dy dr kanan ke kiri. Eleyy. Term bahase Melayu pun byk bley buat cmni kan, kayak, katak, Ummu Habibah. Hue2. Bangge lettew bah.
13. Tahukah anda? Trivia sering dimulakan dengan ayat ‘tahukah anda?’ atau ‘did You know?’. So, tahukah anda??
Credit:
p/s: Dalam keseronokan mengecap nikmat hidup ni, jangan sesekali kite lupe for those yg dah dijemput Ilahi terlebih dahulu, those yg banyak inspired kite, those yg menjadi perantaraan dr Allah untuk kite, as a remider to death. Cepat atau lambat, maut pasti menjemput kite. Moge Allah matikan kite dalam keadaan bersedia dengan kelengkapan yang dpt membebaskan kite dari azab kubur dan azab api neraka. Al Fatihah untuk mama tersayang, Noraini Binti Mahmuddin dan adik yang tercinta, Muhammad Adam Ibrahim Bin Mohd. Naim. Moga tenang di samping Tuhan kite.
Sunday, November 20, 2011
.Happy Birthday.
3:38:00 AM | by
iman manezine |
Edit Post
بِسْــــــــــــــــــم ﷲِ الرَّحْمَنِ اارَّحِيم
21.10.2011
Biase je nombor tu. Cume cantik sikit la, boleh buat nombor ekor *Please. Don’t try this at home.*. Hari ni hari yg paling aku tunggu2 saban tahun. So aku decide nak call ezam, and aku mmg eager nk call dy malam ni. Aku happy!
0000 *ni maknenye pukul 12 malam. Penat nk kne explain pulak. Bru ingt nk buat gempak mcm matrix*.
I’ve done texting him. And sent. Semangat aku google cari pic birthday glitter2. Aku tunggu reply. None. Kenape aku x call dy? Sbb aura nangis peringkat tujuh aku dah tiba.
Mata mula dibersihkan. Kenape ye. Mungkin terase this date in this year lain sgt, x same mcm dulu kala. X seronok mcm dulu kala. X diperlukan mcm dulu kala.
And tempat luahan rase, fb.
.Happy Birthday.
Hana Raman likes. Nash Ashraf likes.
Nash Ashraf: sabar..xnak wish dkat wall ke? :p
Ya Allah. Knp ade org mcm ni dalam dunia ni. Satu titik. Dua titik. Menitik2. Bukak loker amek hankie gmbr mashimaro x comel. Hingus lebih aktif drpd air mata. Okay. Nash dgn Atoi baik, x mcm yg lain2. Praise to Allah, a lot!
Syiera dtg bilik. Damn! Perlu ke dtg waktu2 puncak mcm ni. Mulut boleh menipu. Tp klu dh mata mcm ikan laga, hingus tersedut2, celah mane nak tipunye. Okay malu, nangis dpn org. Syiera tanye psl lab report, aku kan terer dan berdikari dlm hal2 begini, aku explain, done! Syiera pujuk aku, aku halau syiera. Haha. Malu, muke mcm ayam tandoori tym nangis hebat mcm ni.
Tym halau syiera tu bising gile mcm aku ni MPP, duk bilik sorg *pdhl biase dh buat mcm tu hari2*. Kak miera dgr, dila pun dgr. Bilik kau bukan besar sgt nk bg rumates x dgr kan.
Syiera pulang ke gagang.
Kak miera: kenape iman nangis..?
Iman baik: xde ape2 la. haha *ketawe kemaluan namenye. Malu sembg dgn org tym hingus mendap dlm hidung mancung*
Kak miera: kenape iman nangis..?
Iman comel: xde ape2 la. haha *ketawe kemaluan lagi*.
Kak miera: kenape?
Iman pelajar pintar: hari ni..*sedu sedan. Suara x clear*
Kak miera: kenape?? Akak x dgr *ngalahkan jauh sgt. Pdhl pisah dgn board meja study je*.
Iman solehah: *mengumpul kekuatan*. Hari ni birthday ezam! *smbung nangis. Acceleration of cryness is increased tremendously*.
Akak dtg tmpt aku. Haa. Baru nmpk muke msg2. Baru akak nmpak ade ayam tandoori dlm bilik.
Kak miera: yg dh lepas tu, biar je la.. *tone: slow and steady*
Kak miera lg: hari tu kate nak tunjuk gmbr ezam! Mane? *tone: bass 99%*
Dila: mane mane? *tone: high pitch*
I love this moment. They try to wash away the tears, bringing the cheers on me.
Iman chanteque: Haha. Ye la. Jap2 *geledah hard disc. Cari gmbr2 yg berpatutan, dan gmbr2 yg ezam nmpk hensem tym tu. Show them.*
Sesi mengomen muka jejaka bermula. Ouh God, I love them!
.Happy Birthday.
Syamil Yahaya likes. Syiera Petrova likes. Ain Salehudin likes.
Sembang dgn kak miera and dila melarat2 smpai pukul 3++ pagi. Antara butir-butir pergaulan:
- Memperincikan peribadi dan personaliti boyfriend, ex boyfriend bserta scandal msg2.
- Mengungkit kisah2 di alam persekolahan.
- Mempamerkan gmbr boyfriendssss msg2. Komen sgt dialu-alukan.
- Bergelak ketawe dgn rancaknye ibarat x prnh nangis suatu ketika tadi.
Hasilnya:
- Aku baru tau yg kak miera ni …… hehehe. Rahsia 2 alam *filem dr rozmey boypren jat*.
| inilah dr rozmey, producer 2 alam kesayangan jat. aten kate mcm muka ezam. haha. sialan misteri betol *encik mimpi price tag-google translate* |
- GEMPAR!!! Kak miera adik kandung kak Farhana Hazwanee @ kak anee. Ouh man! Lps tbongkar ni bru aku perasan muke dorg same. Ini adalah unexpected! *kak anee tu senior aku kt skola mngh (SARJANA) dulu*
Tgk fon. 2 messages:
- Ezam Baby *Aww. Aww. Manja you! X prnh btukar dr dulu. Biarlah.* As usual, senyum, bace banyak2 kali mcm org first time dpt handset.
- Syiera Hidayah_Mfact *pnjg set name dy dlm contact list*: Nangis lg ke? Tepon je la dy if that will make you feel better. Cewah. Xmo la sedih. Tuuuuuuuutttt *tpakse di-sensor-ed sbb plan x jadi. Pfft* -sayang kau syahira hidayah wan hasan!-
Tgk fb. Syafiq Mohammed chat. Nak marah aku la tu. Aku okay, just chill mcm aku okay, bebeh! Sorry terlambat reply. Seronok sgt sembang td.
.Happy Birthday.
Ili Norlisa likes. Liana Yana likes. Aminudin Ahmad likes. Sakinah Mohamed likes.
Now 4.12 am. Aku x tido lg, obviously. Esok test manufacturing technology pukul 11 pagi, class measurement pukul 9 pagi. Aku x bace buku habes lg. Well done iman!
I’ll try to post this entry by tomorrow. Dah ngantok. Jom tido. Good night and HAPPY BIRTHDAY EZAM HANAFI )
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Disebabkan kesibukan kota, aku x upload pun lg entry ni ke blog. So, aku amek kesempatan utk add bbrp lg point bermakne utk hari ini dalam sejarah.
1611
Call ezam. Seronok sembang kali ni! Terase same mcm gaye sembang tym mude2 dulu, tym kt skola dulu, tym x kapel lg, tym gembire berkawan dgn dy dulu. Yeay! At least aku x bersedih pd harijadi ezam. Time kaseh Allah! Hee. Saye suke ~
On fb.
.Happy Birthday.
Che Annur likes.
Sekadar itu saje lah utk entry kali ini. Tuntasnya, hari ini saye sedih berbaur gembira which is equivalent to sembira *buruk yang amat*. Akhir kata, selamat mengalami percutian nan indah you alls. Chiaww meow meow.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Disebabkan kesibukan kota episod 2, aku still lg x upload entry ni stlh sebulan berlalu. Haha. Maaflah peminat sekalian. So, aku amek kesempatan utk add bbrp lg point bermakne utk hari itu dalam sejarah.
25.10.2011, 2216
Ezam call aku. Yeay! Yeay! Yeay! Tahniah utk beliau krn berjaya menjadi org kedua yg membuat panggilan ke Samsung Galaxy S2 aku yg cantek lg mahal bergaya. TAHNIAH! *sesi penyerahan trofi dan ucapan ringkas*. Kali ni lg seronok sembg dgn beliau lame2. Yeay! Yeay!
But now aku da penat. And aku ade terbace status Adam Zalil kwn matrix Ezam *kwn matrix ezam kwn ku jua. Hue2* yg berbunyi, “Jangan pernah takut kehilangan sesuatu yg BUKAN hak kita.” I ter-inspired with that. So true. Semuanya milik Allah, so berserah pd Allah jua lah dlm ape2 urusan. And kak miera pun selalu marah aku simpan gmbr2 aku dgn ezam. Pstu ni dy ter-tau pulak kewujudan blog aku, abes kne marah lg sbb uboh gmbr ezam. Haih. Payah femes sgt ni *tibe*. So aku da x msg ezam dh, majuk, xnk kwn ezam. Huu. Tp klu jumpe ezam bile2 aku nk tumbok idong besar dy kuat2, pstu ubati luka dy. Ewah cak pong. Marah marah jugak. Sayang sayang jugak.
Okay. Itu je nk tambah. Akhir kata, selamat mengalami musim peperiksaan nan indah you alls. Chiaww meow meow *ulang2 ayat, x kelasss you!*
p/s: Kawan-kawan serta fans terchenta, mari kite sedekahkan pahala bacaan surah Al-Fatihah utk adik aku yg tersayang sayang sayang dan terbaik baik baik, Muhammad Adam Ibrahim Bin Mohd. Naim yg telah dijemput Allah bertemu dgn Nya pada 23 Ramadhan yg lalu stlh 16 tahun dipinjamkn kpd aku dan family. Semoga Allah melimpahkn rahmah dan maghfirah ke atas roh Adam. Dia satu-satunye adik yg mama tinggalkn utk aku, ofcourse aku sgt terasa kehilangan dy smpai hari ni. Tp aku yakin Allah sygkn Adam lebih dr aku n family sygkan dy. AL-FATIHAH.
Nota kaki: rajin2 kan la jari anda meng-click advertisement nuffnang di sblh kanan ni okay. Dpt pahala taw klu kte bg org lain rezeki. Lg pulak aku x tau sape yg click, so mnampakkn keikhlasan kalian. Ganjaran tu urusan Allah dan kamu. Pasti ade. Time kaseh :)
Subscribe to:
Posts (Atom)
siape saye
- iman manezine
- kepakaran: handal mnunggang basikal kekurangan: tidak reti mterbalikkan telur yg sdg dgoreng
chenta hati
si handsome
lima serangkai
penyerang hendap
take a look
peminat tegar
karya agung
sha la la~
Powered by Blogger.















